![]() | ||
Lagenda Budak Setan 2 'Katerina' telah pn di tayang kan pada 29 November 2012 yg lepas |
![]() |
Kate menggendong Athirah anak kpd Kasyah & Ayu hasil perkahwinan mereka.. |
![]() |
Hisyam yg begitu beriya-iya untuk memperistrikan Kate tetapi Kate enggan disebabkan kesilapan yg telah dilakukan oleh Hisyam sendiri.. |
![]() |
Ini adalah Zahirah yg telah bersekongkol dgn Sofean ayah kpd Kate untuk memfitnah Kasyah agar hubungan kate & Kasyah berakhir.. |
6 bulan telah berlalu, selepas
kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu.
Melalui Athirah, bayinya, segala kasih saying dicurahkan. Katerina juga semakin
pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan Kasyah. Ketabahan dan ketenangan
Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang
tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya.Kemesraan mulai terjalin
semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa
berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta. Katerina memperkenalkan
kasyah kepada kedua orang tuanya. Mereka merancang untuk bertunang namun
ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah
punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah
menikahi Ayu. Tak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian
isteri.
Kate tetap berkeras mahukan
pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut. Namun,
ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan
persetujuannya.
Ketika yang sama, Hisyam,
bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan
kekecohan. Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukulnya hingga patah kaki. Kate
naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis.
Kasyah bekerja dengan rakan
niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan
perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya. Zahirah dibayar untuk
menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja.
Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku. Sofean menyarankan
Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean
memerangkap Kasyah.
Kate amat terkejut sepulangnya
dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut. Kasyah cuba menjelaskan
keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang
tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk
menjelaskan kebenaran.
Masa berlalu, Athirah pun
sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begiru juga Kate. Kedua
mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa saying yang menebal. Kate
mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah. Kate
tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas
dendam ke atas Hisyam.
Meskipun kate mengahwini
Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam. Mereka tidur
berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate takkan biarkan
suami ‘gay’nya menyentuh tubuhnya..
Sementara Kasyah, membesarkan
anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar. Beliaulah satu-satunya abang yang
dia ada. Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah
peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar
juga tidak punyai pekerjaan tetap. Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya
mungkin, setidak-tidaknya berada disisnya. Suatu hari, abangnya itu meninggal
dunia kerana kemalangan. Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia
tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal
sendirian, kesepian. Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah
meninggalkannya.
Kate pula nekad untuk
meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia
ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati. Ketika
Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan
dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya. Hisyam
sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi
baginya.
Sofean terkejut mendengar
keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab
dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak
bahagia. Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan
Kasyah. Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan
kebenaran.
Kate terserempak dengan
Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang
mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean. Sofean terpaku, tidak
menyangka muslihatnya terbongkar.
Masa berlalu, Kasyah masih
tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa
keadaan. Suatu pagi.., tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula. Inilah
permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tak akan menemui titik noktahnya.