Tuesday, 4 December 2012

Maya Karin

Maya Karin begitu anggun dan berkeyakinan dlm melakon kn watak Katerina
Maya Karin gantikan Fazura dlm movie Lagenda Budak Setan 2 sebagai Katerina...Katerina yg telah kecewa disebabkan perkahwinan Kasyah & Ayu bangkit dgn semangat yg bru setelah 6 bulan menyepi..ikuti kisah ini...


Watak Katerina yang dipegang oleh Fazura dalam Lagenda Budak Setan telah digantikan oleh Maya Karin untuk sekuel terbaru, Lagenda Budak Setan 2. Farid Kamil masih memegang watak sebagai Kasyah, dan Bront Palare juga dimasukkan dalam sekuel ini untuk watak Hisham.
Ada yang tertanya-tanya, mengapakah Fazura digantikan dengan Maya Karin? Ada yang berpendapat, mereka sudah hilang minat untuk menonton Lagenda Budak Setan 2 kerana tiada kesinambungan untuk watak penting seperti Katerina. Kata mereka, nanti confuse.
Menurut sumber, Fazura tidak dapat memberikan komitmen untuk Lagenda Budak Setan 2 ekoran pertindihan kerja dengan tawaran yang lain. Jadi, produser terpaksa menggunakan Maya Karin untuk memegang watak Katerina. Menurutnya lagi, peminat harus faham bahawa Lagenda Budak Setan 1 telah menjalani rakaman kira-kira 2 tahun lepas
Walaupun ada peminat yang kecewa, tapi kami rasa Maya Karin boleh memegang watak ini dengan jayanya. Pakej rupa & populariti Maya Karin tidak boleh dipandang enteng. Sudah tentu, produser filem telah mengambil kira pelbagai aspek sebelum mengambil Maya Karin sebagai Katerina...




No comments:

Post a Comment