Monday, 3 December 2012

Lisa Surihani

Lisa Surihani sebagai Ayu dlm Filem Lagenda Budak Setan 2



Jom kita ikuti pula crita mengenai gadis cantik dan cumel ni iaitu Lisa Surihani @ nama dalam filem lagenda budak setan Ayu kekasih kpd Kasyah..Dlm filem lagenda budak setan Ayu adalah gadis yg telah brjaya memikat hati Kasyah dan telah membuat Kasyah berubah drpd sikap yg nakal ke arah yg lebih baik semua nya di sebabkan Ayu..

Lisa Surihani binti Mohamed (lahir pada 23 Mac 1986 di Kuala Lumpur, Malaysia) adalah seorang pelakon, model & pengacara TV yang bergiat aktif di Malaysia. Lisa berkelulusan dalam bidang undang-undang daripada Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom. Lisa mempunyai ketinggian 160 sentimeter[perlu rujukan].

Kemunculan pertamanya di kaca TV adalah menerusi drama Gergasi di TV1 dan kemudian disusuli oleh drama Ayah Kami. Beliau berlakon dalam filem Goodbye Boys arahan Bernard Chauly dan paling dikenali sebagai pasangan layar paling serasi buat aktor popular, Farid Kamil. Pada 2008, beliau dianugerahkan sebagai Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke 22 menerusi filem I'm Not Single dan dua tahun selepas itu memenangi anugerah utama Pelakon Wanita Terbaik (FFM) menerusi filem Lagenda Budak Setan. Kedua-duanya adalah filem gandingan beliau dan Farid.
Pada November 2012, Lisa telah melakonkan watak sebagai Tun Dr. Siti Hasmah, isteri kepada perdana menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam teater Tribute Tun Siti Hasmah yang diarahkan dengan jayanya oleh Erma Fatima. Pelakon lain yang turut menjayakan teater in termasuk Eja, Esma Danial dan Nazim Othman.

No comments:

Post a Comment