![]() |
Kasyah dlm Lagenda Budak Setan 2 : Katerina |
Watak utama yg membintangi filem ini ialah Farid Kamil atau nma dlm LBS Kasyah..jom kita kupas serba sedikit ttg Farid Kamil..
![]() | |
Penampilan Kasyah dlm Lagenda Budak setan ketika digelar sebagai budak setan | |
Farid Kamil bin Zahari atau lebih dikenali sebagai Farid Kamil
ialah seorang peragawan yang kemudian menjadi aktor, penulis lakonlayar &
pengarah filem yang sangat dikenali di era
2000-an. Beliau dilahirkan pada 5 Mei, 1981 di Alor Star,
Kedah, Malaysia
dan kini mendapat jolokan sebagai Hero Pujaan Malaya
Menerusi watak anak jalanan dalam filem Anak Halal pada tahun 2007
dan sebagai Ahadiat Akashah dalam Lagenda Budak Setan (2010), beliau telah
dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama -
Festival Filem Malaysia. Beliau juga menerima pencalonan untuk kategori
Pengarah Terbaik di FFM menerusi filem sulung arahannya, V3: Samseng Jalanan. Beliau merupakan
antara segelintir individu dalam bidang seni di Malaysia yang pernah menerima
anugerah tertinggi daripada Yang DiPertuan Agong menerusi Anugerah Seni Negara.
Pada tahun 2010, filem pertama arahan Farid yang pernah disekat tayangannya, V3: Samseng Jalanan
menemui penonton pada 8 Mac 2010. Filem ini mencatat kutipan box
-office dan kritikan positif daripada pengkritik. Selain itu, Farid
muncul dalam 2 buah filem romantik bergandingan bersama Lisa iaitu filem
Semerah Cinta Stileto dan filem adaptasi novel Lagenda Budak Setan(LBS).
Kedua-dua filem berjaya mencatat kutipan box-office, malahan filem LBS
mencipta sejarah menjadi filem romantis pertama meraih kutipan RM3 juta
pada minggu pertama tayangan.
Menerusi watak Kasyah Khairuddin dalam filem tersebut, beliau telah dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik dalam Watak Utama - Festival Filem Malaysia. Beliau juga menerima pencalonan untuk kategori Pengarah Terbaik di FFM menerusi filem sulung arahannya, V3: Samseng Jalanan.
Sejak menceburi bidang lakonan ketika berusia 22 tahun, Farid kini
telahpun menghiasi hampir 30 buah filem biarpun masih belum mencecah
usia 30 tahun. Beliau kini menjadi pelakon lelaki paling disebut-sebut
di Malaysia.
No comments:
Post a Comment