![]() | |||
Ini pula adalah Filem Lagenda Budak Setan 1 yg di tayang kan pada 3 jun 2010 yg lalu |
Mesti ada antara korg yg belum menonton Lagenda Budak Setan Part 1 kan ..So jgn risau kina akan kongsi sinopsis Lagenda Budak Setan ok! hehe :)
Ikuti Kisah LBS 1.. Selamat Membaca :)
Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar
nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan
disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun,
sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu
telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta.
Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah.
Episod baru hidup Kasyah pun bermula.
Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman.
Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini
muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak
permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk
membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura
sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima
Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan
Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.
Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan
dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang
dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan
trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya
hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah
yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru
tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod
dukanya.
Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampasan dari
Azmi. Melalui kawannya Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja
dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa–apa, mula
mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui
segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang
sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta
bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia. Semasa di rumah Emilia, Azmi telah
memukul Emilia di hadapan Mak Leha sehingga Emilia terjatuh dan tidak sedarkan
diri. Dia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan
oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihkan ingatan namun belum berhasil. Emilia
yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan
Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.
No comments:
Post a Comment